Jom Berseronok di Taman Tema Taiwan

:::

maklumat selanjutnya Taman Hutan Dongshih terletak di Daerah Dongshih, Bandar Taichung. Ia bercuaca selesa, meliputi tanah seluas 225 hektar dan mempunyai reputasi sebagai “Gunung Yangming di Taiwan Tengah”. Tema yang berbeza bagi keempat-empat musin, iaitu bunga sakura pada musim bunga, pokok tung pada musim panas, pokok mapel pada musim luruh dan bunga plum pada musim sejuk, membentuk pemandangan hutan yang berwarna-warni. Taman Hutan Dongshih kaya dengan landskap ekologi semula jadi, dan menjadi tempat menghayati kunang-kunang yang popular khususnya dari April ke Mei setiap tahun. Terdapat juga pelbagai jenis benda hidup di ekologi hutan ini termasuk kumbang, kupu-kupu dan katak yang menakjubkan para pelawat. Selain itu, taman ini mempunyai kemudahan taman spa kaki dan rumah spa hutan yang membolehkan anda menikmati mata air panas. Terdapat juga kemudahan hotel, bilik mesyuarat, restoran dan kafe, tempat latihan fizikal dan kawasan perkhemahan dan barbeku di taman ini, sekali gus menjadikannya sebuah taman yang menawarkan kemudahan pelancongan, tempat penginapan, kemudahan aktiviti syarikat dan pelancongan ekologi semula jadi. Taman Hutan Dongshih mengalu-alukan kedatangan anda!
Alamat No. 6-1, Jalan Shilin, Daerah Shilin, Bandar Taichung Telefon 04-25872191
Pensijilan Berkaitan
Gred Cemerlang dalam Pertandingan Pemantauan dan PemeriksaanGred Cemerlang dalam Pertandingan Pemantauan dan Pemeriksaan Label Kemudahan Pendidikan Alam SekitarLabel Kemudahan Pendidikan Alam Sekitar
Label SpaLabel Spa
Waktu Operasi 06:30AM-10:00PM
Berbagai-bagai Servis
PenginapanPenginapan BerkhemahBerkhemah Makanan dan MinumanMakanan dan Minuman SpaSpa

Peta Taman Tema Seluruh Taiwan

go top