:::
maklumat selanjutnya
Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa yang berhampiran dengan Tasik Sunmoon dan meliputi tanah seluas 62 hektar, merupakan taman tema berbagai-bagai yang sesuai untuk setiap kategori pelawat sepanjang tahun. Taman tema ini dibahagikan kepada Taman Eropah, Dunia Keceriaan dan 3 taman tema utama orang asli Taiwan. Taman tema yang dirancang secara menyeluruh ini bukan sahaja menawarkan pengalaman kebudayaan oang asli yang unik, tetapi juga menetapkan kemudahan permainan terbaru yang membolehkan setiap kategori pelawat berasa seronok dan ceria. Dunia Keceriaan di Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa bukana sahaja mempunyai permainan Roller Coaster air “Simbahan Carribean” yang terbaru dan permainan “Jatuh Bebas UFO” yang tertinggi di seluruh Taiwan, tetapi juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan permainan dalam seperti “Astaka Aladin” yang membolehkan para pelawat berseronok tanpa gangguan cuaca. Tambahan pula, para pelawat juga boleh menikmati pemandangan keseluruhan Kampung Kebudayaan Orang Asli Taiwan yang indah dari “Kereta Kabel Udara”, khususnya menaiki kereta kabel yang menuju terus ke Tasik Sunmoon, merentasi bukit di sana dan memandang ke arah Tasik Sunmoon yang indah. Di samping itu, terdapat juga sistem mengelilingi tasik yang terdiri daripada pengangkutan bot dan laluan pejalan kaki, sekali gus membolehkan para pelawat menikmati pemandangan Tasik Sunmoon yang indah dari pelbagai segi. Inilah pengalaman 3D dinamik yang terbaru di seluruh Taiwan. Pada masa yang sama, Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa mempunyai persembahan tarian orang asli dan pengenalan yang paling kaya dan menyeluruh. Seni bina, imej, makanan, muzik, pakiaian dan cara hidup orang asli diperkenalkan dan dipamerkan dalam bentuk asal mereka. Persembahan tradisional yang halus dan makanan orang asli Taiwan di Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa membolehkan para pelawat menghayati dan mengalami keindahan orang asli dalam suasana kehutanan yang menyenangkan, umpama sebuah muzium cara hidup orang asli Taiwan yang besar. Pada musim sakura di gunung-ganang di Taiwan setiap Februari, ribuan bunga sakura seluruh Kampung Kebudayaan Orang Asli Taiwan akan berbunga. “Festival Sakura Orang Asli Taiwan” yang telah diadakan selama 10 tahun berjaya menarik kedatangan ramai pelawat. Pada siang hari, bunga sakura merah akan berbunga, manakala pada waktu malam, bunga-bunga tersebut akan membentuk dunia malam semalam di bawah pancaran cahaya khas. Inilah satu-satunya tempat yang membolehkan anda menghayati keindahan bunga sakura pada waktu malam di Taiwan. Bunga-bunga lavender akan menyertai keindahan ini pada bulan Mac, dan mereka akan mewarnai Taman Eropah dengan warna ungu yang romantik. Keharuman bunga-bunga laveder akan melitupii seni bina dan landskap gaya Baroque, umpama bersiar-bersiar di Eropah, begitu romantik.
Alamat | No. 45, Lorong Jintian, Kampung Dalin, Perbandaran Yuchi, Wilayah Nantou | Telefon | 049-2895361 |
---|---|---|---|
Laman Web Rasmi | http://my.nine.com.tw/ | ||
Pensijilan Berkaitan |
Gred Ulung dalam Pertandingan Pemantauan dan Pemeriksaan
Label Kemudahan Pendidikan Alam Sekitar
Restoran Mesra Orang Islam
|
||
Waktu Operasi |
Isnin hingga Jumaat:9:30-17:00 Sabtu, Ahad dan Cuti Umum:9:00-17:30 |
||
Berbagai-bagai Servis |
Makanan dan Minuman
Taman Tema Air
|