:::
maklumat selanjutnya
Resort Yun Hsien adalah taman hiburan pertama yang didirikan di seluruh Taiwan. Satu-satunya kaedah untuk pergi ke sana adalah melalui kereta kabel yang boleh menampung 90 orang. Resort Yun Hsien mempunyai hotel, restoran, villa, tasik bot kayuh, laluan pejalan kaki, tempat latihan gunung dan kawasan persembahan orang asli. Sungai-sungai dan air terjun yang berada di merata resort ini menjadikan resort ini tempat peranginan Wulai dengan kepekatan anion yang tertinggi di seluruh Taiwan. Wulai terletak di 27 meter dari arah timur selatan Bandar Raay Taipei, dan merupakan satu-satunya kawasan perkampungan gunung di Bandar Baru Tapei. Seluruh resort ini dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan hijau, air sungai yang mengaliar dan dikelilingi gunung-ganang. Titik permulaan Air Terjun Wulai yang terkenal terdiri daripada tasik dan gunung-ganang, dilitupi pepohon purba. Kabus yang disebabkan awan, kupu-kupu, bunyi reriang dan nyanyian burung yang mengelilingi kawasan hutan ini menjadikannya syurga yang jauh dari dunia sebenar. Namun demikian, pemandangan yang indah ini dihalang oleh tebing Sungai Nanshih, justeru orang ramai tidak dapat menikmatinya. Dengan itu, rancangan pembinaan kereta kabel udara dilancarkan untuk menonjolkan pemandangan semula jadi ini kepada para penduduk di Taiwan. Disebabkan pemandangan semula jadinya dan keindahan pemandangan tersebut yang berubah mengikut musim, sekaligus menjadikannya umpama alam ajaib, maka kawasan ini diberikan nama “Resort Yun Hsien”.
Resort Yun Hsien = Dunia Paku-pakis
Meskipun Resort Yun Hsien hanya mempunyai ketinggian 500 meter dari aras laut, ia berada di zon awan, dan dengan demikian, terdapat banyak jenis paku-pakis yang membiak secara besar-besaran di sini sehingga membentuk ekologi yang berharga. Di Resort Yun Hsien, terdapat kira-kira 140 jenis paku-pakis mengikut rekod terkini, dan terdapat juga spesis baru yang belum dijumpai dan masih perlu disahkan lagi. Resort Yun Hsien juga menggunakan sumber ekologi paku-pakis sebaik-baiknya. Terdapat tiga laluan pejalan kaki yang boleh dipilih untuk menghayati pemandangan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Selain daripada paku-pakis, Resort Yun Hsien juga akan melancarkan tema ekologi yang berbeza bagi setiap bulan, termasuk orkid liar, mengkaji burung, sakura, kunang-kunang, katak, serangga dan sebagainya, terutamanya semasa musim kunang-kunang dari 1hb ke 31hb Mei setiap tahun.

Alamat | No. 1-1, Jalan Pubu, Kampung Wulai, Daerah Wulai, Bandar Baru Taipei | Telefon | 02-2661-6009 |
---|---|---|---|
Laman Web Rasmi | http://www.yun-hsien.com.tw | ||
Pensijilan Berkaitan |
![]() ![]() |
||
Waktu Operasi | 9:00~17:00 | ||
Panduan Trafik | https://goo.gl/ZXLJt5 | ||
Berbagai-bagai Servis |
![]() ![]() |