Jom Berseronok di Taman Tema Taiwan

關閉 299110467_445755597567082_1716063811267159327_n.jpg JOJOZOO PARK JOJOZOOPARK
● Taiwan's largest bird skynet
● The largest owl observatory in Taiwan
● Ecology can see all kinds of birds
● Combined with shopping mall space, there are many special food and snacks
● A vast theme park with a dynamic illusory model, suitable for parents and children to explore

關閉 001_尚順育樂世界_樂園TOP1照片-500x500-02.jpg Shang Shun World Shang Shun World
● Satu-satunya taman tema indoor yang mempunyai somatosensori 5D
● Tersedia untuk penerokaan berbagai samotosensori dan kemudahan interaktif
● Inovasi teknologi yang menghiburkan
● Bergabung dengan penginapan hotel dan pusat beli-belah
● Taman tema rehat sehenti yang sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak

關閉 logo_top_02.png 台東原生應用植物園 園區內擁有近300種的台東原生種珍貴植物,群山環繞、視野遼闊,自然吸收來自土地的芬多精;藍海綠地的視覺享受,現採有機食材,調理出絕品汆燙鍋,健康無負擔,園區對自然的堅持,讓您純粹享用每一分用心,還原由內而外的自然健康。

關閉 御守亭狐狸.jpg Taman Tema Jepun Dancewoods Taman Tema Jepun Dancewoods yang terletak di kedudukan pusat Kawasan Rekreasi Dataran Pantai Lanyang adallah satu-satunya taman tema bertemakan Jepun yang menggabungkan landskap, kemanusiaan dan kesenian, ekologi dan rekreasi. Sungai Lanyang, Sungai Yilan dan Sungai Donghe yang berhampiran dengan taman tema ini mengalir ke laut, dan dianggap sebagai tempat yang terbaik untuk menikmati salah satu daripada Lapan Pemandangan Indah di Lanyang, iaitu matahari terbit di Pulau Guishan. Taman tema Jepun unik yang dikelilingi oleh sawah-sawah padi berbentuk segiempat sama yang silang menyilang dan disambut oleh gunung bersalji dan banjaran gunung tengah membolehkan para pelawat menikmati pemandangan yang begitu indah dan menenangkan fikiran. Di taman tema ini, terdapat dewan pameran, muzium seni, restoran makanan ringan, rumah teh sakura, astaka omamori, taman penerokaan, dataran perkahwinan air dan darat serta landskap tanaman yang berbagai-bagai. Di samping itu, taman tema ini juga mengadakan aktiviti-aktiviti dengan pelbagai tema dan menawarkan

關閉 怡園景觀池_深灰屋頂  500x500.jpg Resort Yiyuan Resort Yiyuan terletak di Perbandaran Shoufeng yang duduk merentasi Lembah Huatung dan Banjaran Gunung Lautan. Di tempat ini, langit adalah tinggi, gunung terletak berhampiran, jalan raya adalah lebar, udara adalah bersih, angin bertiup sepoi-sepoi, rumput adalah hijau, embun adalah manis. Di sini, tiada hotel lima bintang, tetapi terdapat semangat yang paling tulen. Di sini, anda akan dikelilingi pepohon tua yang membolehkan anda mengembara secara semula jadi dan bebas tanpa runsing.

關閉 IMG_1366.JPG Taman Laut Farglory 8 kawasan tema utama di Taman Laut Farglory penuh dengan fantasi dan kejutan. Kawasan-kawasan ini termasuk Kampung Lautan, Pulau Kembara, Teater Lautan, Jalan Karnival Ceria, Teluk Lanun, Pantai Brighton, Dunia Dalam Air dan Istana Hablur. Selain daripada kemudahan rekreasi yang seronok dan menguja, terdapat juga empat pertunjukan bertema utama yang hebat sekali, termasuk “Pertunjukan Dolfin”, “Pertunjukan Singa Laut” yang comel dan lucu, satu-satunya Bilik Darjah Ekologi Mamalia Laut di Taiwan dan “Lautan Ajaib”, iaitu Istana Hablur yang berasaskan pengalaman interaktif dan dibina dengan jumlah pelaburan sebanyak jutaan dolar baru Taiwan, yang membawa para pelawat memasuki istana dalam air untuk mengalami tarian dan lagu hebat yang dipersembahkan oleh hidupan dunia dalam air.

關閉 自然的渡假天堂.jpg Resort Kentington Setiap musim luruh, langit biru di Resort Kentington mengalu-alukan kedatangan burung-burung Buzzard berwajah kelabu, umpama dilawati rakan-rakan lama! Anda patut datang ke Kenting. Pada musim luruh, anda tidak akan terasa kosong semasa memandang ke langit kerana burung-burung Buzzard berwajah kelabu akan terbang dan bertenggek di hadapan mata anda, sekaligus mengejutkan anda! Anda tidak ingin menundukkan kepala anda meskipun anda berasa letih. Anda akan berasa terkejut dan berkeinginan menikmati persembahan burung-burung pada saat seterusnya. Anda patut datang ke Resort Kentington mengalami kehidupan yang berlainan pada musim luruh!

關閉 主題樂園-2.jpg Taman Tema Dalukuan Sungai Daguan, taman tema air dan kawasan kaktus

關閉 _DSC5766.jpg Taman Tema Dunia E-Da Taman Tema Dunia E-Da adalah taman hiburan besar berbagai-bagai tema yang menggabungkan kesenian dan kebudayaan, membeli-belah dan makan-minum, rekreasi dan pelancongan. Ia merupakan satu-satunya taman tema yang berdasarkan zaman Yunani di Taiwan dan mempamerkan landskap bandar gunung berwarna biru dan putih dan latar-latar terkenal dari legenda Yunani kepada orang ramai. Latar-latar yang eksotik dan unik meninggalkan kenangan yang hebat di kalangan orang ramai. Taman tema ini terdiri daripada tiga kawasan utama yang dihubungkan dengan rel ringan, sekaligus membolehkan para pelawat menjimatkan tenaga di samping menikmati pemandangan indah di seluruh taman tema ini. Kemudahan di tiga kawasan utama di taman tema ini adalah yang terbaik di seluruh Taiwan. Semua pelawat,sama ada ahli keluarga atau rakan karib, boleh bersama-sama menikmati masa yang ceria.

關閉 123.123.jpg Taman Tema Hutan Bada ◎ Aktiviti mengharungi cabaran “Cerita Raja Hutan”, ciptaan original yang pertama di seluruh Taiwan, menggabungkan pendidikan ekologi, permainan keluarga, insentif kumpulan dan aktiviti-aktiviti kreatif yang lain. Memang tidak dapat dilupakan!
◎ Satu-satunya taman tema dengan sebuah hutan yang terdiri daripada kira-kira 3000 pohon pokok mahogany dengan keluasan tanah 20 ekar. Memang nyaman!
◎ Jenama Cerita “Raja Hutan” adalah ciptaan original yang pertama di seluruh Taiwan dan merangkumi kawasan yang bertemakan kumpulan etnik “Seranga, Ikan, Burung, Haiwan, Bunga, Rumput, Pokok dan Manusia”!
◎ Taman tema ini mengikut perancangan industri pelancongan dan berorientasikan pelancongan ibubapa-anak. Ia boleh meningkatkan interaksi manusia melalui pengalaman dalam permainan hutan, sekaligus mencapai matlamat untuk menjadi taman tema yang menggalakkan pendidikan melalui permainan.

關閉 生態06-尖山埤江南-醉月小樓.JPG Pusat Peranginan Liuying Jianshan Pi 1. Satu-satunya tempat peranginan yang mempunyai empangan air sendiri di seluruh negara.
2. Resort penerokaan air dan darat terbesar di seluruh negara yang mempunyai aktiviti berkanu, memanjat pokok dan flying fox.
3. Satu-satunya tempat peranginan yang menawarkan aktiviti berkanu di empangan air di seluruh negara.
4. Satu-satunya tempat peranginan yang memperolehi gred cemerlang dalam penilaian yang dibuat oleh Biro Pelancongan, Kementerian Pengangkutan Taiwan sebanyak 10 kali berturut-turut di Yunlin dan kawasan Taiwan Selatan.
5. Satu-satunya tempat peranginan swasta yang berjenama mantap, terjamin mutunya dan selamat dilawati di seluruh negara.
6. Tempat peranginan yang memasang bilangan kemudahan pertolongan cemas AED yang paling banyak di seluruh negara. Begitu bertimbang rasa.

關閉 DSC06068.jpg Zoo Dunia Wanpi Zoo in mempunyai kira-kira 300 ekor haiwan jinak yang comel seperti zirafah, dolphin, alpaca, biri-biri Ancon, kuda mini dan kuda belang, serta enam jenis kemudahan permainan besar. Zoo ini mempunyai fungsi pendidikan dan hiburan yang menyeluruh, dan amat sesuai untuk ibubapa dan anak atau rakan-rakan yang bermain bersama-sama.

關閉 3.小威の海盜村水樂園.JPG Taman Tema Janfusun Fancyworld Taman Tema Janfusun Fancyworld merupakan satu-satunya taman hiburan di Taiwan yang membolehkan anda menikmati permainan air dan darat pada masa yang sama! “Dataran Ferris” mempunyai berbagai-bagai jenis permainan bertaraf antarabangsa yang ditawarkan secara ekslusif di seluruh Taiwan, seperti Roller Coaster Halaju Gila (Insane Speed), Lancaran ke Angkasa Lepas (Space Shot) and Mesin Junam G5 (Diving Machine G5).
“Dunia Permainan Kanak-Kanak” – taman permainan kanak-kanak yang terbesar di seluruh negara. Ia meliputi kira-kira 5000 ping (177915.9 kaki persegi), dan ia merupakan taman tema permainan tertutup yang dibina khas untuk ibubapa dan anak.
“Kampung Lanun Vicky” – pertama di Asia. Berdasarkan latar kartun klasik “Vicky the Viking”, 7 kawasan permainan tema interaktif disediakan di dalam kemudahan ini.
“Ekspo Kopi dan Teh” – satu-satunya di seluruh negara. Ia merupakan dewan pameran dan persembahan yang menggabungkan aspek pembelajaran, penghayatan kesenian, hiburan dan rekreasi.

關閉 AJ320 1.jpg Resort Hutan dan Alam Semula Jadi Sun-Link-Sea (Sungai Sunlin) Resort Hutan dan Alam Semula Jadi Sun-Link-Sea (Sungai Sunlin) menawarkan kegaguman alam semula jadi kepada para pelawat. Semasa melawat resort ini, munculnya pemandangan alam semula jadi yang dicipta oleh Tuhan di depan mata para pelawat. Terdapat Air Terjun Longlin umpama sisik naga, Tianti-Yen yang dibentuk secara semula jadi oleh dinding batuan, Lengkok Anding yang terdiri daripada cenuram, langit yang mencuar tinggi dan hutan ajaib yang hebat. Resort Hutan dan Alam Semula Jadi Sun-Link-Sea memilik pemandangan semula jadi umpama Olimpik Hutan. Resort ini mengandungi ribuan bunga Tulip Belanda, burung merpati putih dan merah, bunga Peony ungu kemerahan dan putih, bunga Peony daun Fern dan bunga loceng emas yang membentuk keseluruhan hutan di sepanjang Sungai Sunlin. Di resort ini, kemekaran bunga Peony di depan mata anda membuatkan anda tidak sempat menikmati semua keindahan ini dan daya tarikan ekologi di resort hutan Sungai Sunlin.

關閉 238334.jpg Resort Atayal Resort Atayal merupakan sebuah taman tema yang popular di dalam and luar Taiwan. Ia mengandungi kemudahan permainan yang berbagai-bagai-bagai dan kaya dengan aset kebudayaan dan alam semula jadi. Tambahan pula, ia juga mempunyai hotel istana Atayal bergaya Baroque dan chalet resort rekreasi. Resort Atayal berorientasikan kebudayaan orang Seediq dan orang Atayal. Seni bina orang Seediq replika, Muzium Filem “Seediq Bale” dan persembahan tarian orang asli yang menarik memang tidak dapat dilupakan. Jambatan Langit yang berada di ketinggian 500 meter dari aras laut membolehkan anda menikmati pemandangan indah yang meliputi keseluruhan resort ini dan merasai keseronokan yang sungguh menakjubkan. Persekitaran semula jadi dan landskap ekologi yang unik membolehkan anda menikmati pengalaman awal gaya hidup sihat dan lestari di alam semula jadi. Selepas mengalami kebudayaan dan ekologi dengan mendalam, resort ini juga menyediakan mata air panas berkarbonat dari Banjaran Gunung Hehuan untuk anda agar demi menghilangkan tekanan anda dan melembapkan kulit anda. Kedatangan anda amat kami alu-alukan!

關閉 文化03-九族文化村.jpg Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa adalah satu-satunya taman tema bertaraf 2 bintang Michelin, dan merupakan taman tema pertama yang diiktiraf sebagai lokasi keudahan pendidikan mengenai perlindungan persekitaran melalui pemeliharaan kebudayaan. Dalam majalah “Guide Vert” yang dikeluarkan oleh Michelin, Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa dianugerahkan 2 bintang, kereta kabel Tasik Sunmoon dianugerahkan 2 bintang dan pemandangan Tasik Sunmoon dari udara dianugerahkan 3 bintang, maka sejumlah 7 bintang telah dianugerahkan yang menunjukkan bahawa taman tema ini adalah amat direkemenkan. Tambahan pula, Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa juga dianugerahkan sebagai Pilihan Pelawat bagi tahun 2013 dan pemenang Gred Cemerlang pada tahun 2014 oleh laman web TripAdvisor.

關閉 生態03-東勢林場.jpg Taman Hutan Dongshih Salah satu daripada 36 misteri di Taiwan yang diedarkan di Internet adalah kunang-kunang di Taman Hutan Dongshih. Taman Hutan Dongshih berusaha menyediakan landsap ekologi semula jadi yang kaya. Taman ini menjadi tarik pelancong yang popular khasnya antara Mac dan Mei setiap tahun. Kunang-kunang istimewa ini hanya akan membawakan “misteri yang diedarkan” pada waktu tertentu setiap tahun. Semasa tibanya waktu malam, ribuan kunang-kunang akan menari di atas rumput-rumpai.

關閉 0526 圖片1.png Lihpao Land Untuk pengalaman yang seronok dan menarik di Lihpao, anda dicadangkan merancang tempoh persinggahan pendek untuk dua hari satu malam atau persinggahan panjang tiga hari dua malam dan menginap di Hotel Fullon bertaraf 5 bintang! Lawati kawasan “Dunia Penerokaan” dan naiki “Graviti Maxima” yang merupakan satu-satunya Roller Coaster sendeng yang menyambung di langit di Asia dan melibatkan pecutan akibat 4G daya graviti di atas landasan 360 darjah yang akan mencabar had deria anda! Di Teluk Mala yang diundi oleh para penduduk Taiwan sebagai taman hiburan air yang termasyhur dan permainan “Ombak Besar” yang diundi sebagai tasik ombak luar buatan manusia yang paling digemari, alamilah ombak kuat setinggi 2.4 meter atau berapung-apung di ombak besar demi menikmati kaedah menyejukkan tubuh bada yang baik sekali. Permainan bertema “Bilik Kecemasan” yang terbaru menambahkan keseronokan semasa melancong, dan menawarkan permainan realiti sebenar dengan menggabungkan tiga tema utama dan sembilan latar. Ruang permainan seumpama filem yang dibina dengan pelaburan jutaan dolar baru Taiwan menawarkan para pemain misi dan cerita yang berbeza untuk mencari bukti sambil mengharungi cabaran dalam masa 60 minit!

關閉 火炎山.jpg Kawasan Rekreasi Mata Air Panas Hou Yen Shan Kawasan Rekreasi Mata Air Panas Hou Yen Shan, tempat peranginan bergred cemerlang di Miaoli, memunyai pemandangan semula jadi yang dikelilingi gunung-ganang dan bersebelahan dengan laut, dan merupakan tempat peranginan dan rekreasi yang baik. Akhir-akhir ini, kawasan rekreasi ini sedang menjalani transformasi secara aktif ke arah aktiviti luar, rekreasi, mata air panas, resort dan perkhemahan, dan akan melaksanakna model perniagaan ofset yang berorientasikan perbelanjaan rendah agar para pelawat boleh mengalami perjalanan ke Mata Air Panas Hou Yen Shan, merasai pelancongan yang berbaloi dengan harga, dan dengan demikian, meninggalkan kenangan yang indah. Untuk pakej pelancongan Perjalanan Raja Monyet ke Gunung Huoyan di Barat 2016, sila layari laman web berikut: http://www.hyss.com.tw/page/about/index.aspx?kind=28

關閉 IMG_3536.JPEG Shangrila Paradise 香格里拉樂園於1990年創立,以歐式花園為主體,率先引進多種機械遊樂設施,並發揚客家文化打造客家博物館,館內陳列文物、衣飾與器具等生活文物,呈現勤儉堅毅的客家精神。自2012年轉手由勤美集團經營管理,勤美集團兩岸三地超過 4,300 位員工、總資產超過 370 億。近年來更轉型成控股公司的型態,由生產事業部、材料事業部、住宅不動產事業部、商場經營事業部及飯店事業部共五大事業部分別在不同的領域中多元發展、穩健成長。園區延續集團之的理念,創造香格里拉樂園的新風貌。

關閉 西湖-賞桐.JPG Resortopia Tasik Barat Resortopia Tasik Barat terletak di Perbandaran Sanyi, Wilayah Miaoli yang kaya dengan kesenian dan kemanusiaan. Taman yang meliputi tanah seluas 60 hektar ini kaya dengan sumber ekologi yang berbagai-bagai. Pada awal musim bunga, terdapat bunga Tung dan kupu-kupu yang boleh didapati di mana-mana sahaja di taman ini, dan juga kunang-kunang yang digelar sebagai “Tiga Harta Tasik Barat”. Pemandangan yang dihiasi oleh bunga-bunga Tung yang melitupi tanah, kupu-kupu yang berterbangan dan kunang-kunang yang berkelipan, disertai dengan kursus pendidikan perlindungan alam semula jadi, dewan multimedia dan aktiviti-aktiviti bertukang sendiri membolehkan anda menambah ilmu pengetahuan dan menikmati keseronokan! Di samping itu, taman ini juga berusaha merealisasikan pemeliharaan alam semula jadi akhir-akhir ini. Taman ini bukana sahaja diiktiraf sebagai “Tempat Berkemudahan Pendidikan mengenai Alam Semula Jadi” dan “Hotel Perlindungan Persekitaran Emas” oleh Biro Perlindungan Persekitaran, Eksekutif Yuan, tetapi juga merupakan pusat pendidik perlindungan alam semula jadi di Wilayah Miaoli. Dengan tarikan pelancongan istimewa di sekitar Wilayah Miaoli, kilang pelancongan yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat, makanan lazat yang selamat dimakan, rasailah keindahan empat musim di Resortopia Tasik Barat.

關閉 500-500拷貝.jpg Taman Hutan Wan Ruey Taman Hutan Wan Ruey terletak di kaki bukit yang tingginya 300 meter dari aras laut dan merupakan taman hutan yang paling dekat dengan kawasan bandar. Pemandangan sungai semula jadi yang indah di hadapan taman hutan sangat sesuai untuk pelancongan dan aktiviti kumpulan. Taman Hutan Wan Ruey boleh menampung 700 orang pada masa yang sama, termasuk 500 orang di dewan mesyuarat besar, dan mempunyai tempat aktiviti dalam yang besar, kawasan barbeku dalam dan kawasan perkhemahan yang besar. Aktiviti-aktiviti di taman hutan ini termasuk: Padang peluncuran rumput Wan Ruey yang panjangnya 85 meter, satu-satunya dengan reka bentuk ombak berperingkat tiga yang selamat dan menarik, permainan Paintball dalam hutan, permainan-permainan ekstrem Panjat Batu, Terjun Lelabah dan Jambatan Kabel.

關閉 小叮噹滑雪場01.jpg Taman Tema Sains Little Ding-Dong ● Satu-satunya peluncuran salji seluas 750 ping (26687.4 kaki persegi)
● 86 jenis kemudahan fizik dan sains
● Kemudahan penerokaan interaktif terbaru
● Permainan air, darat dan salji dengan hanya sekeping tiket sahaj
● Taman tema yang sesuai untuk ibubapa dan anak

關閉 生態09-六福村.jpg Taman Tema Kampung Leofoo Taman Tema Kampung Leofoo merupakan taman hiburan yang paling berbagai-bagai di seluruh negara. Ia mempunyai satu-satunya zoo terbuka di seluruh Taiwan, dan di sini, terdapat beribu-ribu haiwan yang terdiri daripada kira-kira 70 jenis spesis. Di samping itu, taman tema ini juga mempunyai banyak kemudahan permainan yang jarang dijumpai di dunia, seperti permainan “ Kondor Menjerit” yang merupakan Roller Coaster tergantung dan berlingkar dengan landasan berbentuk U yang pertama di Asia, satu-satunya permainan “Dendam Pagoda” yang menawarkan pengalaman kesan graviti dari ketinggian 17 aras bangunan. Di taman tema ini, terdapat juga persembahan muzik air dan persembahan tarian and nyanyian yang boleh menandingi perarakan besar Disney, begitu meriah!

關閉 2G8A7688-2.jpg Taman Tema Dunia Orang Kecil Window on World Akhir-akhir ini, Taman Tema Dunia Orang Kecil Window on World menerima anugerah dan akreditasi termasuk: 1. Taman hiburan swasta bergred cemerlang yang dianugerahkan oleh Biro Pelancongan, Kementerian Pengangkutan, 2. Tempat peranginan terbaik yang direkemenkan oleh Majalah Le Guide Michelin, 3. Lencana Emas Seni Bina Hijau dan Lencana Jimat Tenaga dan Pengurangan Karbon yang dianugerahkan oleh Eksekutif Yuan, 4. Anugerah Kualiti Emas bagi kategori perkhidmatan dalam Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Eksekutif Yuan, 5. Anugerah cemerlang restoran bersih dan mesra di Wilayah Taoyuan, 6. Pensijilan kebersihan dan keselamatan produk makanan HACCP dan ISO22000, 7. Anugerah “Perkhidmatan Cemerlang” yang disampakan bersama-sama oleh Majalah Commonwealth, Surat Khabar World Times dan Majalah Next, 8. Gelaran “Muzium Luar” yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan.

關閉 代表照片_野柳海洋世界_201407.JPG Dunia Lautan Yehliu Di auditorium yang boleh menampung sebanyak 3000 orang, terdapat persembahan dolfin dan singa laut yang menarik, serta persembahan junam tinggi bertaraf antarabangsa yang menarik setiap hari. Anda yang duduk di auditorium tidak akan tahu imej apa yang akan muncul pada saat yang seterusnya, sama ada yang menakjubkan atau yang menceriakan. Tahukah anda? Dolfin mempunyai kepintaran manusia yang berusia 6 hingga 8 tahun, suka mendekati manusia dan merupakan bintang yang paling menyerlah kerana mereka handal dalam aktiviti menyanyi, menari, bermain gelung hula, lompat tinggi dan bermain bola. Dolfin juga boleh berenang dengan pantas dan boleh melompat sehingga tinggi maksimum 7 meter, memanglah pakar luncur air beragam yang handal. Apakah jawapan kepada soalan 5 tambah 3? Biarlah dolfin memberitahu anda, dan tengoklah bagaimana dolfin yang pintar menyelesaikan soalan matematik aritmetik.

關閉 289177.jpg Resort Yun Hsien Kereta kabel yang dikawal oleh komputer secara automatik berjalan melalui jarak 382 meter pada ketinggi 165 meter dengan kecerunan terbesar sebagai 32.5 darjah. Di udara, kita akan merentasi Sungai Nanshih, dan Air Terjun Wulai berada di bawah kaki kita. Air Terjun Wulai yang tingginya 80 meter adalah air terjun yang mempunyai perbezaan ketinggian yang terbesar di seluruh Taiwan. Sungai Wulai berasal dari selatan dan mengalir ke arah utara, dan dengan demikian, membentuk banyak tebing dan air terjun. Percikan air yang berasal dari air sungai dan air terjun boleh mengangkut keluar kation dalam udara dan meninggalkan anion yang pekat. Anion boleh menulenkan tubuh badan dan merupakan unusur kesihatan tubuh badan kita. Kepekatan per kubik anion di mana-mana sahaja di Resort Yun Hsien, sama ada di tepi sungai atau di dalam hutan, adalah lebih daripada 5000. Justeru, udara di Resort Yun Hsien amat segar. Persekitaran yang mempunyai air segar dan gunung-ganang indah serta ekologi semula jadi adalah tempat baik yang ditawarkan Resort Yun Hsien kepada para pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi. Memang berbaloi untuk dilawati berkali-kali!

HomeKeistimewaan Taman Tema

Keistimewaan Taman Tema

  • Zoo Dunia Wanpi

  • Taman Tema Dunia E-Da

  • Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa

  • Taman Tema Jepun Dancewoods

  • Taman Tema Kampung Leofoo

  • JOJOZOO PARK

  • Taman Laut Farglory

  • Resort Kentington

  • Resort Hutan dan Alam Semula Jadi Sun-Link-Sea (Sungai Sunlin)

  • Taman Tema Dunia Orang Kecil Window on World

  • Shangrila Paradise

  • Taman Tema Hutan Bada

  • Resort Yiyuan

  • Resort Atayal

  • Taman Tema Dalukuan

  • Resortopia Tasik Barat

  • Taman Tema Janfusun Fancyworld

  • Taman Tema Sains Little Ding-Dong

  • 台東原生應用植物園

  • Taman Hutan Dongshih

  • Lihpao Land

  • Pusat Peranginan Liuying Jianshan Pi

  • Shang Shun World

  • Dunia Lautan Yehliu

  • Kawasan Rekreasi Mata Air Panas Hou Yen Shan

  • Taman Hutan Wan Ruey

  • Resort Yun Hsien

go top