Muslim

Jom Berseronok di Taman Tema Taiwan

Untuk mengalu-alukan kedatangan penduduk-penduduk baru Taiwan, rakan-rakan dari negara luar dan para pelancong Muslim, taman-taman tema di Taiwan telah menaik taraf kawasan persekitaran, makan minum dan penginapan di taman-taman tersebut berdadsarkan tabiat kehidupan orang Islam seperti makanan dan minimum dan sembahyang demi menyediakan kawasan pelancongan yang mesra, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakan-rakan Muslim dari segi pelancongan.
  • 六福村

    Taman Tema Kampung Leofoo, Wilayah Hsinchu

    Pensijilan Mesra Muslim

    Restoran Mesra MuslimMFR

    Perkhidmatan Mesra Muslim

    Taman tema ini memenuhi spesifikasi halal, termasuk pemilihan ramuan makanan, penyediaan kawasan memasak serta penggunaan alatan makanan. Para pelawat juga boleh menikmati persembahan tarian Sufi yang menarik dari Timur Tengah semasa menjamu selera.

    Kemudahan Mesra Muslim

    Restoran Aladdin menyediakan “Bilik Wudu” dan “Bilik Solat” yang dilengkapi dengan jubah solat dan arah kiblat agar para pelancong Muslim dapat menunaikan kewajipan agama mereka semasa melawat taman tema ini.

    六福村小圖示
  • 西湖渡假村

    Resortopia West Lake, Wilayah Miaoli

    Pensijilan Mesra Muslim

    Restoran Mesra MuslimMFR

    Pelancongan Mesra MuslimMFT

    Sistem Pemeringkatan Hotel Mesra MuslimMFHRS

    Perkhidmatan Mesra Muslim

    Taman tema ini bukan sahaja mempunyai restoran khas untuk golongan Muslim, tetapi juga menyediakan label peringatan pada makanan yang boleh dinikmati oleh golongan Muslim. Kawasan snek di kedai cederamata juga menyediakan makanan yang disahkan halal seperti mi segera untuk memudahkan para pelawat Muslim yang mengunjungi taman tema ini.

    Kemudahan Mesra Muslim

    Tanda-tanda panduan dwibahasa dan bilik solat turut disediakan, manakala kaunter perkhidmatan juga menawarkan perkhidmatan peminjaman jubah solat dan sejadah kepada paara pelawat Muslim. Selain itu, kemudahan bidet juga disediakan di semua tandas di kawasan taman tema untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan mesra Muslim yang lengkap.

    西湖渡假村小圖示
  • 麗寶樂園

    Resort Lihpao, Bandar Taichung

    Pensijilan Mesra Muslim

    Restoran Mesra MuslimMFR

    Pelancongan Mesra MuslimMFT

    Perkhidmatan Mesra Muslim

    Taman tema ini menyediakan bilik penginapan khas untuk para pelawat Muslim yang dilengkapi dengan tandas elektrik, kitab al-Quran, sejadah dan arah kiblat. Selain itu, taman tema ini juga menawarkan risalah dalam berbagai-bagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia, maka para pelawat tidak perlu risau tentang masalah bahasa.

    Kemudahan Mesra Muslim

    Kedai tema dan lobi kompleks beli-belah menyediakan bilik solat dan sejadah untuk lelaki dan perempuan Muslim serta jadual waktu solat mengikut waktu Taiwan agar para pelawat Muslim menikmati layanan yang mesra.

    麗寶樂園小圖示
  • 劍湖山

    Taman Tema Janfunsun Fancy World, Wilayah Yunlin

    Pensijilan Mesra Muslim

    Restoran Mesra MuslimMFR

    Pelancongan Mesra MuslimMFT

    Perkhidmatan Mesra Muslim

    Taman tema ini memenuhi semua spesifikasi halal, termasuk pemilihan ramuan makanan, penyediaan kawasan memasak serta penggunaan alatan makanan, dan juga menyediakan makanan dan alatan yang khas untuk para pelawat Muslim.

    Kemudahan Mesra Muslim

    Taman tema ini menyediakan 27 buah bilik penginapan khas untuk golongan Muslim yang dilengkapi dengan sejadah, arah kiblat dan jadual waktu solat agar para pelawat Muslim boleh menunaikan kewajipan agama mereka.

    劍湖山小圖示
  • 江南渡假村

    Resort Jiangnan Jianshanpi, Bandar Tainan

    Pensijilan Mesra Muslim

    Sistem Pemeringkatan Hotel Mesra MuslimMFHRS

    Perkhidmatan Mesra Muslim

    Taman tema ini memenuhi semua spesifikasi halal, termasuk pemilihan ramuan makanan, penyediaan kawasan memasak serta penggunaan alatan makanan, dan juga menyediakan makanan dan alatan yang khas untuk para pelawat Muslim.

    Kemudahan Mesra Muslim

    Taman tema ini menyediakan bilik penginapan khas untuk golongan Muslim yang dilengkapi dengan kitab al-Quran, sejadah dan arah kiblat, manakala bilik air juga dilengkapi dengan kemudahan bidet, dan dengan itu menawarkan lebih banyak jenis pilihan penginapan.

    江南渡假村小圖示
  • 九族文化村

    Kampung Kebudayaan Orang Asli Formosa, Wilayah Nantou

    Pensijilan Mesra Muslim

    Restoran Mesra MuslimMFR

    Perkhidmatan Mesra Muslim

    Restoran Mayan di kawasan taman tema ini menyediakan makanan yang memenuhi spesifikasi halal, maka para pelawat Muslim dari semua negara tidak perlu risau akan masalah makanan dan boleh menikmati kemudahan dan pemandangan yang indah di kawasan taman tema ini.

    Kemudahan Mesra Muslim

    Restoran Mayan menyediakan bilik solat untuk kegunaan sembahyang dan juga tandas yang dilengkapi dengan kemudahan wudu, sekali gus menawarkan kemudahan yang memudahkan para pelawat.

    九族文化村小圖示
  • 怡園渡假村

    Resort Yiyuan, Wilayah Hualien

    Pensijilan Mesra Muslim

    Menu Halal DisediakanHMI

    Perkhidmatan Mesra Muslim

    Kaedah memasak dan pemilihan ramuan makanan serta kebersihan alatan dapur memenuhi spesifikasi halal. Selain itu, tanda halal juga dicetak di atas menu untuk tujuan pengenalpastian makanan halal.

    怡園渡假村小圖示
go top