Jom Berseronok di Taman Tema Taiwan

:::

maklumat selanjutnya Resort Yiyuan di Hualien adalah satu-satunya resort besar yang berkonsepkan “kampung dan perladangan” di Taiwan Timur. Resort yang mempunyai keluasan kira-kira 13 hektar ini dikelilingi awan putih dan langit biru, pepohon tua dan selimut tumbuhan hijau. Kira-kira 3000 pohon pokok dipindahkan ke resort ini, dan terdapat 800 pohon pokok tua yang berusia lebih daripada 50 tahun dan kira-kira 30 pohon pokok tua yang berusia lebih daripada 100 tahun di kalangan pepohon ini. Terdapat cerita yang mengharukan di sebalik tabir usaha payah untuk menyelamatkan pepohon tua ini! Ia bukan sahaja memelihara kepentingannya terhadap pendidikan, landskap dan warisan budaya, tetapi juga merupakan bilik darjah semula jadi yang terbaik bagi ibubapa dan anak-anak. Di Resort Yiyuan, kenikmatan yang paling hebat adalah “kesunyianya”. Seluruh perancangan di resort ini bertujuan membolehkan para pelawat dan tetamu berasa puas hati, menikmati perasaan bebas tanpa kerunsingan semasa bercuti. Resort Yiyuan dengan ikhlasnya menjemput anda mengalami sendiri “rumah di belakang gunung yang diimpi-impikan oleh orang bandar”, bersama-sama menikmati kehidupan yang perlahan, dan meninggalkan kenangan yang indah. Di Resort Yiyuan, anda boleh membancuh teh, memberi makanan kepada ikan, bermain snuker, menyewa dan menunggang basikal dan membuat apa-apa sahaja. Anda juga boleh tidak membuat apa-apa pun, tetapi anda tidak boleh tidak mendengar bunyi serangga dan burung-burung… dan tidak boleh tidak membenamkan diri dalam keindahan taman ini.
Alamat No. 21, Lorong 6, Seksyen 3, Jalan Fengping, Perbandaran Fengshou, Wilayah Hualien Telefon 03-8651166
Pensijilan Berkaitan
Gred Cemerlang dalam Pertandingan Pemantauan dan PemeriksaanGred Cemerlang dalam Pertandingan Pemantauan dan Pemeriksaan Label Kemudahan Pendidikan Alam SekitarLabel Kemudahan Pendidikan Alam Sekitar
Restoran Mesra Orang IslamRestoran Mesra Orang Islam
Waktu Operasi Lawatan ke taman:08:00-18:00
Penginapan: Dibuka sepanjang hari
Jika terdapat perubahan maklumat, sila rujuk kepada pengumuman di laman web rasmi dan taman tema.
Berbagai-bagai Servis
PenginapanPenginapan Makanan dan MinumanMakanan dan Minuman

Peta Taman Tema Seluruh Taiwan

go top